Monday 25 February 2013

Tabir Allah Atas Kaum Mukmin


Bismillahirrahmanirahim...

HADIS QUDSI

Daripada Shafwan bin Muhriz al-Mazini berkata 
" Ketika aku berjalan bersama Ibn Umar r.a bergandingan tangan, tiba-tiba seseorang menghalang seraya bertanya :
' Bagaimana anda mendengar Rasulullah s.a.w berkata tentang al-najwa ( bisikan).' 
Dia menjawab:
 ' Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Allah mendekati hamba-Nya lalu meletakkan tabir-Nya atasnya dan menutupinya lalu berfirman,
'Apakah kamu mengetahui doasa yang demikian,apakah kamu mengetahui dosa demikian? "

"Dia menjawab :
' Ya, wahai Tuhanku. ' Hingga ketika dia mengakui dosa-dosanya dan menyangka bahawa dirinya binasa, Allah berfirman,
 ' Aku menutupi kesalahan -kesalahanmu di dunia dan mengampuninya untukmu pada hari ini.
 ' Lalu diberikan buku kebajikannya. "

" Adapun terhadap kaum kafir dan munafik, para saksi berkata ,
 ' Merekalah orang yang mendustakan Tuhan mereka.' Ketahuilah bahwa laknat Allah tertimpa atas kaum yang zalim ."

by : Majalah Solusi Isu No.28 m/s 1

# beramal kerana Allah

Sunday 24 February 2013

Coming soon.. !!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Circle of My Heart...
Jangan silap fikir ya.. usrah yang dinanti2kan..
bakal menjelang..tidak sabar rasanya nak bertemu/ bersua dengan sahabat2 seperjuangan semasa di Kolej Matrikulasi Labuan dulu..
ketika ana baru menjejakkan kaki ke sana, Usrah itu suatu benda yang pelik yang ana hadapi...
tp bila ana meninggalkan kolej setelah menamatkan pengajian selama setahun..
baru ana SEDAR.. usrah yang Pelik tu adalah yang sentiasa mengisi hati ana..
dalam Usrah pasti ada suka dan duka..tp semuanya menjadi MANIS2 belaka..
sedih.. bila berpisah dengan sahabat2 yang sentiasa bersama ketika suka dan duka...
inilah cabaran kehidupan..
kerana itu lah kita diWajib kan untuk masuk ke dalam jemaah...
hehe.. :) PEACE NO WAR..!!!

Sahabat Al-Irfaan.. :)
always di Hati ana..
banyak mengajar erti kehidupan walaupun hanya setahun..bnyak yang kami lalui bersama2..,menangis bersama, ketawa bersama..
dan ana amat merindui waktu itu seikhlas2 nya dari Hati.. :)
miss u all..
tapi ana yakin.. suatu hari nanti kita pasti akan bersua kembali.. 
walaupun kita dah rancang untuk berjumpa..namun, semuanya ditetapkan oleh Allah..
ana BERDOA, agar hari itu akan tiba tidak lama lagi..

 jika tidak diDunia.. jumpa la di AKHIRAT..!!
Inshaa Allah..Allahuma'amin..

# sedih bila sahabat2 di BORNEO xpat turun sama
 hanya dapat berjumpa sahabat2 disemenanjung sahaja..
tp itu pun sudah Ana mensyukuri nikmat Allah ini.. :)
terima kasih Allah..

nantikah Usrah yang ditunggu sekian lamanya.. hehe

# beramal kerana Allah..

Cinta Oh Cinta

Assalamualaikum w.b.t..

Cinta Limited Edition..!!!
Cinta..Cinta..Cinta..
memang fitrah seseorang insan terutamanya Remaja zaman sekarang..
Cinta itu memang menjadi kegilaan..:)
Apa kata, kita tanamkan dalam hati kita.. Cinta itu Pasti akan tiba dengan sendirinya..
iaitu dalam masa yang sama.. kita berusaha untuk memperbaiki diri kita seadanya..
Insan yang baik. untuk orang yanng baik..
InshaAllah.. jangan sibuk mencari Cinta sekiranya Cinta kita Kepada Pencipta kita sendiri tidak HEBAT..!!!
cinta yang pertma adalah untuk Allah..
cinta kedua adalah untuk Rasulullah s.a.w
cinta ketiga adalah untuk IbuBapa kita..
dan terakhir adalah untuk Insan yang Halal untuk kita...

memang Ana sendiri akui.. cinta manusia itu boleh buat kita buta..melainkan itu adalah Halal bagi kita.. 
iaitu Suami/ Isteri kita.. :)

" fatma, kau ni xda rasa ka nak bercouple?.."
tp ana cakap.. " bercouple?? xnak la.. apa yang kita boleh dapat? belajar pun belum habis lagi.. exam pun pointer tunggang terbalik.. baik xyah fikir tentang ni la sahabat..belum masanya lagi"
Baitul Muslim???
jangan Risau.. dah isi Borang.. :) hehe.. jadi jangan RISAU..
kejar Cinta Allah dulu ya..

Ingat!!! banyak lagi tanggungjawab kita sekarang..
Masyarakat luar sana perlukan kita..
bukan masa untuk suka2 sekarang..
Orang yang tak bercouple ni buakan tak laku..
TAPI ingat Janji Allah..InshaAllah.. ada Jodoh yang terbaik buat kita yang tercatat di LUH MAHFUZ..
Cinta Allah itu yang KEKAL ABADI.
InshaAllah.. :)

# beramal kerana Allah..:)
cREDIT by Insan yang Lemah..

Bingkisan Nota untuk Bidadari

muslimat POWER..!!!

Siapa cakap muslimat xboleh buat roti canai?? 
Yang tertutup itu indah... Buat para mujahidah... Aurat yang di jaga sama sekali tidak membataskan pergerakkan kita.... Ingat!!! Hanya senipis kain yang digunakan untuk menjaga aurat..Bukannya papan Playwood.. ^_^

Jom tutup aurat wahai kakak2,adik2, makcik2.. dan puan2...
Allah tidak menilai kita dengan PANGKAT.. tp ingat.. Allah menilai Hati kita.. :)

Adakah hati kita ini seperti Emas? ataupun Gelap..!!!
banyak kan berzikir dan bertaubat..
[ buat peringatan untuk diri ini yang LEMAH dan Hina..]
  wanita yang dihormati..adalah yang MENUTUP AURATNYA..

"orang yang baik itu tidak semestinya bertudung..
tapi orang yang baik pasti bertudung "
credit by UAI...

@ BERAMAL KERANA Allah... :)

Sahabat Seperjuangan

Family Sarawak..
Assalamualaikum w.b.t..
 Coretan kisah ana berada di bumi semenanjung..

Alhamdullillah..Ana bersyukur dapat berjumpa sahabat2 handai Sarawak yang berada di tanah semenanjung.. 
Inilah family besar ana disini.. yang menggantikan family yang jauh di sana..
" fatma, lama dah sik temu kitak.. cney kitak belajar?"
kata2 sahabat2 yang baru ditemui.. ana bersyukur..
walaupun ana sering ke sana ke mari tanpa memikirkan duit habis untuk datang program anak2 islam sarawak..
tp ana dont care about that..
sebab apa???
ukhwah yang terjalin kerana Allah.. lebih mahal berbanding duit.. :)
sesetengah org lain cara pemikirannya.. 

ini la kisah serba sedikit apa yg ana lalui.. hehe
jodoh dan pertemuan ketentuan Allah s.w.t..
bersama murobbi kmi.. :)

tok lah masanya.. !!!!
bak kata org sabah.. " ini kali lah !! "
 # beramal kerana Allah..

Inilah Fikrah Ana...


Assalamualaikum...


wahai abnaul haraki penegak islam !!!

Rasul bermadah lagi, 1 janji 1 aspirasi..

"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.."

cuma yang belum pasti adakah kita tinggi peribadi?

untuk memikul amanah suci..!!! 

kita asyik berjaga malam untuk liqa', kerja2jemaah..tpi kita xbertahajjud..

kita kuat berjuang tp kita kurang mtadabur Al-Quran..

kita bnyak berceramah..bercakap tp kita kurang berzikir..

kita kuat berjihad menegakkan Islam tp kita sendiri kering kontanng dengan ilmu..

kita hanya pandai bercakaptetapi xbuat..

kita banyak melakukan maksiat..tetapi kita xbertaubat..

kita hanya pandai amar makruf tapi subuh pun bnyak lewat..

kita bercakap tentang ikhlas tp riya' menguasai diri..

aduh!!!! hinanya diri ini..

adakah aku akan digelar jundi Allah..dihadapan Allah diakhirat kelak..

takutnya diri ini jika segala pengorbanan yang ku lakukan akan menjadu dedebu beterbangan??...

muhasabah diri kita..

sama2 kita menegur salah silapyang dilakukan..

jadilah seorang pemimpin yang sufi lagi haraki..

TAKBIR!!!!


Saturday 23 February 2013

Sabah bah nie..

Assalamualaikum.. :)


Serba sedikit coretan cuti ana di Sabah" negeri di bawah bayu".. tanah kelahiran kedua ibu bapa ana.. tetapi kesemua anak-anaknya lahir di negeri jiran iaitu Sarawak bumi Kenyalang..

Kami bercuti disabah dalam tempoh seminggu sahaja sebelum pulang ke negeri 9 bagi meneruskan sem 2 pada tahun pengajian ana..:)

Antara temmpat menarik yang ana pergi..Pulau Manukan.. sangat cantik.. subhanaAllah..

pemandangan di Pulau Manukan
Happy dapat pergi ketempat sedemikian..Allah itu mAHA Besar.. !!!
selain itu.. One Borneo. :)
one borneo..take a picture

bersama saudara ana yang comel :)
      itu sahaja sedikit coretan.. hehe
wassalam w.b.t.. :)


@beramal kerana Allah...                                    

Dakwah melalui Blog..

Assalamualaikum wbt..


Blog..blog..blog..!!!!


First tyme ana buat akaun blog ni bila lecturer tugaskan..

" laa.. kenapalah mesti buat blog..takde benda len ka? "..itulah keluhan ana bila diberi tugasan..

Tp..ana muhasabah balik diri.. kenapa buat blog?? sekarang kita boleh lihat.. ramai orang berdakwah melalui banyak laman2 sosial..contohnya.. Blog, Facebook. Twitter..dan ect..


ya la.. awal2 buat blog ni mesti la payah kan? xda yang mudah.. sebab tu la kena belajar jugak.. inshaAllah..ada baiknya ana buka akaun blog ni..sebenarnya, ana tak la pandai sangat menulis blog ni.. tp try.. sapa kata ana xboleh..


boleh bah kalau ana.. :).. inshaAllah.. boleh..


Apapun, doakan yang terbaik buat ana, xlupa juga kepada sahabat2 agar jadikan medium IT ini untuk dakwah kita di dunia.. dan semoga segala2 nya dibalas oleh Allah dengan RedhaNYA..

siapa la kita Tanpa Allah..

Islam itu tidak memerlukan kita. tAPI.. kita yang memerlukan Islam di dunia ini untuk kecapi kemanisan hidup di Akhirat sana kelak..

 dengan Ini.. ana [ Fatmawati Binti Sudin] asal Miri Sarawak.. Masih ada Ibu.. Allah lebih menyayangi Ayah ana.. kita harus Redha dengan ketentuan Allah.. Apa yang berlaku pasti ada Hikmahnya kan..

sekarang belajar di Universiti Sains Islam Malaysia..di tahun yang Pertama..dalam Bachelor of Quran Studies with Multimedia with Honours.. 

nah!!! jarang kan dengar course tu.. tp itulah hakikatnya.. inshaaAllah..

ana boleh buat.. orang lain boleh buat.. kenapa kita TIDAK??

muhasabah diri balik [ peringatan buat diri sendiri]


sabda Rasulullah saw..

" Sampaikanla dakwah dariku walaupun satu ayat "


@ beramal kerana Allah..!!!



Hari Cinta Untuk Siapa? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Hari Cinta Untuk Siapa? | iluvislam.com discover the beauty of islam

fatmadotmy.blogspot.com

Create your own banner at mybannermaker.com!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com