Friday 27 December 2013

Aku ka anak usrah itu ?

Alhamdulillah..

Itu yang tersebut oleh ku dalam masa sekarang,
kenapa? Allah still bagi aku hidup sehingga hari ini.
dekat 20 tahun lamanya..
tp adakah aku sorang yang bersyukur??

TEPUK DADA TANYA IMAN MASING2.. ^_^

Sekarang ni, aku sedang studyweek..
Namun fenomena yang sentiasa berlaku dalam khidupan pelajar..
Study sampai lewat malam,. *like me !!

Fuhh !! nak ubah sikap pun susah. tp kalu hari biasa,
xyah  cakap la mau bangun malam untuk study or apa2 la..
time study week paling susah mau commite dengan USRAH ..
itu la hati, penuh dengan titik2 hitam
maafkan daku NAQIBAHku sayang, Kak Aziah..andai anak usrah mu ini, selalu bg alasan mcm2..
andai kita tahu apa penting nya USRAH...

Panjang betul berleter.. terutamya untuk diri yang kerdil ini..
xtau Allah pandang aku mcm mana #wallahu'alam..

* petik dari satu blog..

Jangan give up dengan usrah

Salam
Menulis artikel ini mengingatkan saya kepada salah satu entri saya yang mendapat banyak perhatian satu ketika dahulu di sini . Entri itu lahir dari sebuah frustasi- kekecewaan dari tarbiyah. Di waktu itu ada seorang adik yang menggugut untuk keluar dari usrah kerana benar-benar tidak tahan dengan usrahnya.
Seminggu ini saya menerima pesanan yang lebih kurang sama di facebook. Sepanjang saya berada di hospital, saya tak sempat membalas jawapan adik tersebut. Saya kira saya barangkali cukup gagah untuk menjawapnya, ternyata kesan jangkitan kuman itu jauh lebih kuat dari kemampuan antibodi saya menentangnya.
adik2 kat sini ade yg da nk giveup dgn usrah dorg. byk yg rebel. saya x tau cmne nk tlg n suh dorg keep calm n carry on. huhu~
Lama saya membaca mesejnya itu. Tersenyum simpul seorang diri. REminescne kenangan silam yang manis dan pahit dalam tarbiyah. Di waktu itu juga saya melihat ke luar jendela. Saya juga menanti-nantikan sahabat-sahabat seusrah, sahabat-sahabat sejemaah datang menjenguk saya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan saya berhadapan dengan kesakitan yang saya alami. TErnyata yang sempat berkunjung adalah akhawat yang bekerja di hospital yang sama saya kena admit. Begitu juga dua tiga orang akhawat yang sempat menjengokkan muka.

Yang betul-betul membantu saya, membelikan makanan, serta memberikan kata-kata semangat, ternyata bukan datang dari akhawat sendiri. TEtapi dari ahli keluarga dan rakan sekerja saya. Yang sering menziarahi.
Saya merenung dan merefleksi keadaaan ini.
Dalam tarbiyah kita punya harapan.
Apabila harapan tak dipenuhi, kita kecewa. Kecewa sekali.
SEhingga kita mahu bertukar usrah. Kita mahukan perubahan. Kita tidak mahu ikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.
Hattakan di saat kita memerlukan akhawat, ternyata mereka tidak berada di sisi sewaktu kita memerlukan.
Kita berharap pada mereka dan terus berharap.
akhirnya kita kecewa lagi.
Kerana ternyata , berharap pada manusia amat memahitkan. Sedangkan Allah mahu mengajarkan sesuatu yang besar bagi kita —> pergantungan kepada Allah semata-mata.
Saya bermuhasabah di satu malam ketika suhu saya sampai mencecah 40 darjah. Saya menggigil kesejukan. Badan saya amat kepenatan dan kesakitan. SAya ingin mencapai gelas minuman kerana ternyata tekak saya amat dahaga yang luar biasa sekali. Tapi saya tak mampu mengangkat tangan saya kerana terasa begitu lemah sekali. Saya tidak pernah merasai lemahnya tubuh badan saya sehinggalah pada malam tersebut. Saya hanya mampu menangis sahaja di waktu itu. Nak panggil nurse memang tak kedengaran. Buzzer tak berfungsi. Malam itu pula tidak ada yang boleh menunggu di sisi. Waktu itu berlalu seketika. Saya cuba mengumpulkan kekuatan untuk bangun melawan badan saya. Sungguh, tidak ada yang lebih dekat di waktu itu melainkan dengan Allah. Tidak guna memanggil dan mengharapkan manusia. Allah ada di sisi kita.
Percayalah.
Allah letakkan kita di sesuatu tempat for a reason. Saya juga sering bertanya kenapa Allah letakan saya di bumi tandus dari tarbiyah selama 8 tahun. 8 tahun saya berusrah online. 8 tahun saya perlu travel mimimum 3-4 jam untuk menghadiri liqa saya.
Saya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia adalah kerana tarbiyah. Saya mahukan pembaikan pada tarbiyah saya. Saya mahukan pengisian tambahan yang boleh membina peribadi saya. Saya mahukan biah solehah yang boleh meningkatkan saya.
Akhirnya, saya kecewa sendiri. Tahap tarbiyah saya begitu menurun sekali. Pengisian haraki saya dah tak ingat bila kali terakhir pernah saya dapat. Pengisian tafsir diulang kembali juzuk 30 dan 29 buat kali ke 9 atau 10. Keinginan saya bertemu syeikh tarbiyah terpaksa dikuburkan begitu sahaja.  Saya bertemu dengan syeikh tarbiyah lebih banyak sewaktu saya berada di luar negara berbanding dalam negara. Saya sudah jarang menyemak buku muntalaq. Hamasah dakwah semakin lama semakin malap. TErkadang saya terpaksa meniupnya agar rasa hati saya tidak mati , supaya diri saya terus dapat melangkau pergi.
Saya kembali sedar, walaupun saya mahukan bentuk tarbiyah yang lain, Allah berikan saya bentuk tarbiyah yang lebih saya perlukan.
Saya mahukan pengisian harakah, yang bergerak, perbincangan dakwah, Allah berikan jirusan tarbiyah kelembutan, tazkiyah hati dan ketaatan dalam jemaah.
Saya mahu bertemu dengan syeikh-syeikh dakwah untuk mengutip mutiara dari mereka, tapi Allah kurniakan ahli usrah dan akhawat seangkatan yang begitu luar biasa sekali pengorbanan mereka walaupun mereka tidak dikenali manusia.
Pada setiap fasa, Allah mahu mengajarkan kita sesuatu. Kita cuma harus celik untuk nampak setiap bentuk tarbiyah yang ALlah berikan tersebut.
Kita tidak berkuasa untuk menentukan bentuk tarbiyah yang kita mahukan.
Apa yang kita boleh buat adalah membentuk suasana tarbiyah yang kita mahukan.
Kita tidak boleh juga meminta untuk menukar usrah begitu sahaja. Jika tidak, kita tidak akan belajar untuk bersabar, bersikap toleransi dan memahami sesama sendiri. Kita akan terus berada dalam kehidupan penuh ideal.
Laluilah tarbiyah, walaupun bosan. Walaupun kurang bermakna. WAlapun naqibah tidak memahami. Laluilah. Salah satu usaha yang kami laksanakan untuk membantu kelemahan yang ada dalam sistem tarbiyah adalah menghasilkan majalah jom. Di setiap keluaran tersebut sengaja kami pilih tema surah-surah di dalam al-quran untuk membantu proses tarbiyah, terutama usrah di kalangan adik-adik.
Carilah kekuatan itu dari Allah. Belajarlah dari kitab-Nya. Belajarlah dari kitab-kitab fiqh dakwah. Dengarlah rekording. Lihatlah video yang sesuai. Cari peluang untuk bertemu guru-guru salafi yang sering mengadakan kelas-kelas mereka. Ziarahlah seramai mungkin ikhwah dan akhawat.
Carilah cahaya pada masalah yang ada.
Jangan kecewa dengan usrah.
Jangan berputus asa dengannya.
iAllah, mentari di hujung perjalanan masih ada. Awak harus mencari jawapannya. Bukan lari dari masalah. Bukan keluar dari usrah. Bukan minta tukar naqibah jika belum tiba masanya.
Mungkin Allah mahu beritahu pada diri kamu —> awak kena banyak bina diri awak sendiri dari berharap pada orang lain..

PS: sewaktu discaj, ahli usrah dan anak2 usrah baru sempat datang menziarah. epik.
wassalam
Ukhtikum fillah
AisyahZ
14 tahun di dalam usrah :)
COPYPASTE http://muharikah.wordpress.com/2013/11/17/jangan-give-up-dengan-usrah/

wallahu'alam.. itu jak.. ^_^

-n.9-

Monday 22 July 2013

Hanya ada di MESIR

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum w.b.t..
Salam Ramadhan dan salam 1 ummah. ^_^
Mungkin sekarang kita heboh dengan kisah di MESIR..
dimana ada pergolakan rakyat dengan pimpinan Mesir yg baru..
Namun, ingin aku ceritakan disini adalah..

*MEDAN RABIATUL ADAWIYAH..*

Apa itu ??? Apa kaitannya dengan MESIR ??
Meh sini saya cerita..
Masa pagi tadi buka fb, ada post baru dari sahabat..
Rasanya mau dikongsi dalam entri kali ni..
Di tulis dalam sebuah puisi haraki.. 
*Selamat Menghayati *


Rabiatul Adawiyah : Sebuah Puisi Haraki

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Penunjuk perasan berbahagi-bahagi juadah berbuka puasa sesama mereka dan menyuapkan suapan ke mulut orang lain bimbang andai ada di antara mereka yang masih belum berbuka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mebahagikan Medan kepada dua di tengah-tengah kepanasan, sebahagian melakukan demonstrasi di tengah panas, seba
hagian lagi berteduh di tempat teduh dan mereka bergilir-gilir tempat kemudiannya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Wanita melalui khemah orang lelaki yang tidur dan melaungkan,"Mengapa kamu semua tidur, adakah Mursi sudah dikembalikan?"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mebahagikan tandas-tandas masjid di sekitar kawasan kepada dua bahagian, tiga masjid untuK lelaki dan tiga masjid untuk wanita.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan menghidu bau wangi-wangian atar dan kasturi di setiap kawasan di Medan.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan menemukan seorang Ikhwan atau Salafi, kerana kami semua hanyalah Muslim.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Datang seorang kristian dan mengumumkan keIslamannya dari atas pentas dan melaungkan kepada semua orang syahadahnya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki yang melintasi khemah para wanita dan terlihat akan lubang dari khemah itu lantas dia menanggalkan pakaiannya dan menutupi lubang tersebut lalu berjalan meninggalkan bajunya di situ.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur dI atas tanah yang bersih.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan sentiasa mendengar nada dering dari keratan ayat Al Quran seakan-akan kamu berada di tengah-tengah para malaikat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Para wanita dapat berjalan dan melintasi medan yang penuh sesak dengan kadar keamanan yang sangat tinggi, seakan-akan mereka berada di tengah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka, dan mereka sentiasa dibuka laluan sehingga mereka dapat melintasi dengan selamat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan mendengar suara jelek para penjual menjerit-jerit.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh dan kesejukan tetapi tetap teguh dan tidak lari dari bedilan senjata api.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah..


..........

*Puisi ini adalah nukilan salah seorang demonstran yang turut berhimpun di Medan Rabiatul Adawiyah.*


 dari fb Mohd Umar Bin Jiman.. [ http://www.facebook.com/irmohamad.jiman?fref=ts ]

Saturday 20 July 2013

Sweetnya Ramadhan ^_^

Assalamualaikum..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..
Ketika ini, dah 10 hari dah kita berpuasa.
Alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang kita untuk berpuasa..
Setahun hanya sekali tuan/puan2..

Semoga Ramdhan ini menjadikan kita org yang bertaqwa..
dan lebih baik ibadah kita dari sebelumnya..

Seterusnya aku xtau nak cakap apa..
Jadi, untuk entri ni aku mok kongsi dari page ILOVE ISLAM
Maaf andai masukkan dalam blog ni.
Hanya ingin berkongsi dengan sahabat2,...
Wallahu'alam
Selamat membaca dan berpuasa ^_^


Kalau ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat Terawih, indahnya taddarus al-Quran, indahnya bersedekah.
Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat Insya’ seterusnya solat sunat Terawih berjemaah. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata.
Solat sunat Terawih empat (4) rakaat diikuti tazkirah oleh ustaz jemputan kemudian empat (4) rakaat lagi diikuti dengan solat sunat Witir tiga (3) rakaat. Jumlah keseluruhan 11 rakaat, begitulah saban tahun aktiviti di surau berdekatan rumahku. Setiap hari ada ustaz jemputan yang akan menyampaikan tazkirah.
” Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. “
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)

Secara tidak langsung, amalan dipertingkatkan pahala digandakan, ilmu juga ku perolehi. Alhamdulillah, ALLAH masih memberiku kesempatan untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan pengisian amalan dan ilmu.
” Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman.”
(Surah Azzariyat: 57)
“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.”
(Surah al-Asr: 1-3)


Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
“Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran.”
-Artikel iluvislam.com

Saturday 15 June 2013

Markaz Tarbiyyyah Itu..!! -IRFAAN

Bismillahirahmanirrahimm..
Assalamualaikum..
Ya Allah, permudahkan la untuk mereka memahami kata2ku..
Semoga dengan Penulisan ni mendapat Redha dariMu..Amiinn.. ^_^

Sahabat Al-Irfaan ???
Mula2 time aku masuk KML, aku sorang jak. dtg tanpa family.
Aku mula tengok org ramai, datang dengan family mereka..[ SEBAK!!]
Tapi aku yakin ada Allah bersamaku walaupun aku berseorang..
Aku memohon,
 "Ya Allah, pertemukan la aku kepada sahabat2 baru disini  yang akan mengasihiku keranaMu "
Sepanjang masa daftar tu, dimana2 sorang2. masih xda kawan,. tambah2 lagi aku sarawak. banyak yg aku jumpa sabah.. Tp aku kuatkan hati jugak. sedih tengok family org datng..Macam mok nangis jak time tu..

Lepas tu, time petang. aku teringat kata2 naqibah ku.." pegi mana2 jak, cari SURAU ya"
Ku ingat..dan aku menuju satu surau yang sangat ku sayangi hingga kini.. Surau Al-Irfaan..
Di sini la start kehidupan aku di KML dengan diserikan dengan irfaan.. ^_^.

Petang tu jugak, aku jumpa 2 org sahabat..diaorang duduk dibawah pokok tepi surau.
memandangkan time tu aku sorang, jadi beranikan diri la pegi tegur mereka..
Dua2 ni sahabat baik di Sandakan..sentiasa bersama pegi mana-mana tempat..
jadi aku pegi tegur la..
" Assalamualaikum.. boleh join ka?"
Dengan hati terbuka, mereka terima aku untuk join mereka..
bertaaruf la kmi sampai mula kedengaran azan maghrib..time tu aku xkenal lagi suara azan tu..hehe

Malam nya tu pulak..
Aku jumpa ramai lagi sahabat, tapi aku banyak diamkan diri..
sebab masih baru kan..jadi aku ambil keputusan untuk diam jak di surau tu..
Sambil2 memerhati keadaan surau la..
owh..rupanya surau ni ada 2 tingkat.. ada perpustakaan mini lagi..
Bestnya surau ni..disitu la aku mula tertarik denga Surau..
Tambah2 lagi, diluar tu, alumni2 ada sediakan borang Sahabat Al-Irfaan..
Lepas tu, dengan ringan tangan aku pegi ambil borang tu, dan isi..

Selang sehari, aku dapat mesej dari kakak2. untuk datang temuduga..
Wahh.. nebes dah ni.. xpernah2 lagi interview untuk jdi ajk surau dengan secepat ini..
walaupun aku dulu di sekolah menengah memegang jawatan Bendahari BADAR..
oke, xpa.. aku datang.. Kakak yang interview tu namanya Kak Norpaidah @ kak paidah..
seorang dah alumni aku kenal. yes. jumpa lagi seorang kakak, namanya kak Pijut..[bukan nama sebnar]
hehe.syukur betul..banyak la soalan yang kena tanya..salah satu nya.::
" fatma, kalau kamu dilantik sebagai Bendahari Surau, mampukah kmu untuk pikul??"
soalannya kiranya macam tu la..jadi aku ni takut jugak. sebab itu kan amanah..

" InsyaaAllah kak, saya akan buat yang terbaik !! "
itu jak jawapanku.. bukan untuk minta jwatan itu, tapi dengan izin Allah, aku berkata2 begitu..


Oke.. aku terus pegi time kami mula baiah untuk jadi ajk surau..kami masing2 xtau apa taklifan yang kmi dapat..cuma kakak tu cakp, tunggu jak nama dipanggil..wahh..!! takut ada la..time tu selepas isyak..

Bermula la kisah ku disurau Irfaan ni dengan memegang taklifan T.Bendahari kepada seorang muslimin..
Bendahari Ahmad Zaidi.orang kelate.. haha. dua2 kmi budak sains..xda kaitan betul dengan akaun..
sahabat selamanya.. ^_^

Macam2 yang kmi semua  lalui bersama2... gerak kerja ISLAM yang tiada titik noktah.
itulah yang mentarbiyyah kami semua.. dengan kena marah., gelak ketawa bersama, menangis bersama..makan bersama2..riadah bersama2..mcm2 la.. usrah sama2..meetinag2 sama2.. jalan sama2..sebab tu la kmi masing memanggil surau itu sebagai :::

Markaz Tarbiyyah Al-Irfaan.. aku sayang mereka kerana Allah..^_^

Tidak dilupakan jugak.. Murobbi kami yang sentiasa bersama..

Ya Allah.. berila mereka kehidupan yang bahagia seperti yang Engkau Izinkan..
Abi Khairil, Ummi Seri, Sir Al-Amin, Miss Amal, Mdm Faizee, Sir Muazzin, Ustazah Zaenah dan ramai lagi yang sentiasa membimbing kmi sepanjang mangemudi Bahtera Irfaan selama setahun pengajian kami..

Mereka sentiasa bersama ku time aku berseorang, hiburkan hati bila aku sedih. bantu aku dalam pelajaran..
wahh..aku rindukan suasana itu.sangat  !!!

macam mau jak kembali ke zaman tu balik.. 
mereka telah mengajar aku erti kehidupan.!! 

Luahan hati ku..
Fatmawati / <3 Irfaan ..
16/6/2013

Sahabat Al-Irfaan 2011/2012

Mujahid Irfaan

Mujahidah Irfaan

Bahtera MT Irfaan

Murabbi Irfaan

Shoutul Irfaan - MT& ME

Srikandi Genji Irfaan ^_^





That All :)

Thursday 13 June 2013

Kisah dSebalik Saidina Umar ^_^

Assalamualaikum..

Hari ini, bukan pasal pengalaman yang berkaitan saya..

tapi hari ini special sikit.. kita baca Sirah pulak ya..

tadi, tinjau2 FACEBOOK.. kat Home tu, ada seorang sahabat ana,

tertarik dengan apa yang dia ceritakan..

Kisah Sebenar Saidina Umar Al-Khattab..

amat menarik hati.. 

Jom. jangan percaya kisah yang syiah buat untuk kita..

al-Maklumlah.. bila sebut jak pasal Saidina Umar.

mesti terlintas pasal bunuh anak perempuan time Jahilliah..

sebenarnya TIDAK..!! 


Ni pun ana copy n paste.!

tak mampu mau tulis balik..

Maaf ya [Umar Jiman] - sahabat matrik ana yang tulis ni..

Jap ah..

- Sebelum tu, saya mau pesan.. sebelum kita share2 satu benda. mesti tau betul or tidak..jangan dipercaya jak terus. k2.. ambil ikhtibar sama2.. ^_^


fb Umar.. hehe ^_^ 

Kita selalu dengar cerita kisah Saidina Umar membunuh anak perempuannya.Antara versi yang popular adalah:
“... Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. la menangis. Umar tidak menghiraukannya. ... Umar menutupkan mata dan terfikir, “Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” la menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “Umar, jangan jadi pengecut,” tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali di telinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir ...”

Ini fakta yang sebenar.SAIDINA UMAR TIDAK PERNAH MEMBUNUH ANAKNYA.
Ini hanyalah cerita palsu yang sengaja direka oleh puak Syiah untuk memburukkan sahabat Rasulullah.

Bukti? Ini adalah apa yang saya ambil dari seorang ulama Kelntan,Maulana Mohd Asru Yusoff.

1. Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membuktikan seorang pun daripada qabilah Quraisy pernah menanam anak hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.

2. Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan anak-anak itu. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24).

Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan itu.

Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibubapa mereka kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang. (At-Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah (s.w.t) dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki-baki peninggalan agama Nabi Ibrahim (a.s). Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan membawa anak perempuan itu kepada dua ibubapa masing-masing lalu berkata kepada mereka, “Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)

Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau merupakan sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a sendiri. Takkanlah dalam keluarga yang terkenal dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan terpenting di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak sendiri!

3. Setelah Mekah dibuka, Rasulullah (s.a.w) berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Di antara ucapan Baginda (s.a.w) ialah: “Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.” Hindun dengan spontan menjawab, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.”

Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci, kata-kata Hindun ini menunjukkan qabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini.

Sabda Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda (s.a.w) yang bermaksud;

“Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81)

Apa ertinya pujian Nabi (s.a.w) mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak? Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.

Dalam tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan dengan anak sulungnya. Sebagaimana kuniah Nabi kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah Abu Hafsin yang merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung ialah Sayyidatina Hafsah.

Perlu juga diperhatikan bahawa di sepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a dan juga hamba sahayanya di samping anak-anak beliau dengan mereka itu?

Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a, Imam Ibnu al-Jauzi dan lain-lain telah menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a dan anak-anaknya serta hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:

i. Zainab binti Maz’un. Zainab adalah saudara perempuan Utsman bin Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan, juga merupakan saudara susuan Nabi (s.a.w). Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman.

ii. Atikah binti Zaid bin Amar bin Nufail. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘lyadh.

iii. Isteri yang ketiga ialah Jamilah binti Tsabit bin Aflah. Dengannya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim.

v. Ummul Hakam binti al-Harits bin Hisyam. Dengannya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.

v. Ummul Kultsum binti Jarwal bin Malik. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Ubaidullah dan Zaid al-Akbar.

vi. Ummul Kultsum binti Ali bin Abi Talib. Dengannya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid al-Ashghar dan Ruqayyah.

vii. Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah juga Sayyidina Umar r.a telah mendapat anak. Dengan Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan dengan Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman al-Ausath dan Abdul Rahman al-Ashghar.

Jadi anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:

Lelaki:

1. Abdullah

2. Abdul Rahman al-Akbar

3. Abdul Rahman al-Ausath

4. Abdul Rahman al-Ashghar

5. Zaid al-Akbar

6. Zaid al-Ashghar

7. Ubaidullah

8. ‘Aasim

9. ‘lyadh


Perempuan:

1. Hafsah

2. Ruqayyah

3. Fatimah

4. Zainab

Daripada isteri pertamanya Zainab binti Maz’un, Sayyidina Umar r.a hanya mendapat tiga orang anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman al-Akbar. Hafsah adalah anak sulungnya dengan Zainab binti Maz’un, sebab itulah beliau dikuniahkan dengan Abu Hafsin.

Pada ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai hanya 3 orang anak ini sahaja. Kalau begitu anak yang manakah yang ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a itu? Apakah namanya dan apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul tidak suka atau bencikan anak perempuan, kenapa pula beliau sanggup memakai kuniah Abu Hafsin?

Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logik Sayyidina Umar r.a baru mengetahui jantina sebenar anaknya hanya setelah anak itu berumur 4 tahun?

Sebelum kita sampaikan sesuatu kisah,pastikan sumbernya terlebih dahulu.
Wallahualam.

 

 

REWRITE BY fatmawati sudin ^_^.. sebarkan ya..

13/06/2013

06.37 petang- SI

Tuesday 11 June 2013

Cintailah Cita-Cita Anda ^_^

Assalamualaikum.

sahabat2 blog yang dirahmati Allah sekalian..

Rasa syukur kerana Allah masih memberi kita nikmat hidup dan masa lapang..

Rezeki yang Allah beri..dari start kita celik mata sampai tutup mata..

Allah sedikit pun xberalih untuk melihat hamba2Nya di muka bumi ini..

Terima kasih ya Allah.. :)

 

Oke. Let's me start [ ckap english pulak dah ].. apa2 jak la.

Cuma mok maklumkan.. ada 2 paper yang dah dijawab..

Alhamdulillah..dengan Izin Allah, dapat jawab dengan baik..

Don"t forget to Tawakkal to Allah.. :)

 

Bha. dari tadi lagi intro, biar saya masuk dalam isi yang sebenar-benarnya..

sebenarnya saya tidak la pandai sangat menulis bllog ni..

Saya buat blog ni mcm tempat luahan hati pulak..

tapi bukan dengan sesiapa pun.. cuma, cuba kita refleks balik apa yang kita dah buat..

Apa yang kita lalui, ada kah semuanya apa yg kita buat kita ingat Allah??

Kalau ya..Alhamdulillah.. kalau TIDAK.!! masalah besar tu..

 

" Muhasabah balik diri kita"

Dalam Hadis 40 pun di start dengan tajuk " Semua amalan kena mula dengan NIAT"

hehe..xmasuk tajuk lagi ni..intro panjang sangat..!!!

 

 

 

tajuk hari ini adalah..jeng..jeng..jeng..!!haha

" Dalam Cinta ada Cita-Cita, dalam Cita-Cita pulak, ada cinta"

macam mana tu.. hehe.. jap. lom habis lagi.

" Oleh itu, jadikan cita-citamu sebagai Cinta"

hahh!! apa yang kmu fikir ??

Kadang2 ada org masuk U mau cari jodoh.. tp yang sebenarnya masuk U tu cari ILMU..

itu yang sepapatutnya..sebab kalau dilihat zaman sekarang.. banyak betul couple sana sini..

berkepit sana sini. kadang2 org pun boleh naik rimas..oke fine.

Itu mungkin terjadi di U len, tp ditempat ku sendiri, Alhamdulillah, benda2 mcm tu aku lom tengok lagi..

Kecuali pasangan yang dah ber' KAHWIN" sahaja.. itu pun mcm adaik beradik jak aku tengok.!!

So sweet.!! eyh..fatma !! cukup2 la tu.. just kidding la.. itu lumrah la kan..


dulu2 tyme kecil.." Nanti bila aku dah besar, aku mau terima ijazah yang cemerlang"- bisik hati2 kecil..

sebab masa tu, kita masih kecil..rasa cinta tu pun bukannya ada.. kan2??

tp sebaik masuk IPTA/S..hmmm.. tiba2 hadir rasa cinta tanpa diminta !! masa daftar lagi

aduii.. tambah2 lagi pandangan pertama..haha [banyak tengok movie kan]

Cinta yang xdiduga datangnya mula menggugat cita2 yg dah di azam..punah.!!

ini lah lumrah yang kita boleh tengok zaman sekarang..

Alhamdulillah..Allah masih pelihara aku dari semua itu..!!

 

Cuba kita fikir.! Antara cita2 dan cinta..

Manakah yang lebih nyata? Mana yang lebih penting? Mana yang lebih mendesak?

 

kata Dr Pahrol Juoi- 

" Cinta sejati adalah hubungan hati yang terbentuk atas asas yang konkrit,tujuan yang suci, pelaksanaan yang bersih, dan hasilnya yang mulia. Ini penegasan saya "  


Oke. sekarang kita fikir balik..masing2 fikir ya,.!!

 

Ustaz Pahrol Juoi cakap...

"Sebagai seorang muslim,cinta kita mestilah bina atas dasar Iman, tujuan yang syarii, dilaksanakan mengikut kaedah syariat, dan kesan akhir yang diharapkan adalah terbentuknya ikatan pernikahan yang SAH antara yang bercinta. Tegasnya, cinta tidak boleh dibina hanya atas kehendak nafsu dan perasaan semata-mata"


Saya sokong kata2 ustaz. hehe. Sapa yang sokong? Angkat tangan jugak ya.. hehe 

Sebagi penutup.Ustaz Pahrol cakp lagi..

"Anda sebagai pelajar, saya nasihatkan dahulukan cita-cita, Justeru cita2 lebih konkrit,realistik,dan diberi prioriti berdasarkan realiti dan diri semasa anda"


Paham, hadam, gigit guna geraham sekali.. hehe.. !! just kidding.. jangan serius sangat ya.!

itu jak la yang saya mau cakap.. hehe. 

Maaf andai terksar bahasa..

asif jiddan fi kulli kalam wa hal/ ^_^

 

fatmawatisudin

Insan Lemah..

Ampunilah aku ya Allah :)

11/06/2013

 

~ HASIL BACAAN BUKU USTAZ PAHROL JUOI~

" Tentang Cinta "

 






 

 

 


Saturday 8 June 2013

Ingat Pesan Abi ^_^

Pesanan Abi terhadap  Anak2 nya,, :)

Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Senyum

c&p dari FB Abi...

 :: xperlu kata apa2..

Thursday 6 June 2013

Jum Rileks2x dulu ")

Bismillahirahmanirrahim..


Assalamualaikum sahabat2 blog sekalian..

Hari ni saya mau cerita pasal KAWEN MUDA?

Nahh..!! mesti seronokkan dengar..

Tapi aku ni lain sikit.. sini aku cerita kenapa ya..

first.. sekarang ni memang musim orang mendirikan rumah tangga..

bukan orang yang dah bekerja jak. tp yang masih beljar pun ada.

TABIK la.. inshaaAllah.. semoga kalian semua diRedhai oleh Allah..

Masjid yang dibina itu sungguh INDAH ertinya..

 

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah 

sebagaimana berikut – ertinya :

 

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

  

nahh.. dengar tu kawan2..

hehe. kelaka pulak bila aku yang ckap pasal kawen ni..

sebab aku rasa muda betul lagi aku mok ckap pasal ni..

tapi ini la hakikatnya.. :)

 

baik kawen bila sudah berkemampuan.. bukan menggalakkan tp itu la..

hehe.. 

Satu lagi..sebelum kawen tu.. ada syarat jugak.. iaitu pilih calon pasangan.. :)

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad Ibn Hanbal, dan Al-Darimi dalam kitabnya dari sahabat Abu Hurairah ra

 

Menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W menjelaskan 4 kriteria untuk memilih isteri.

1- HARTANYA
2- KETURUNANNYA
3- KECANTIKANNYA
4- AGAMANYA.

 

oke. yang saya cdangkan ni yang betul2 mau kawen ya.. hehe. 

adik2.. jangan la sibuk post kat FB tu pasal..

" siapakah bakal imamku" " siapa kah tulang rusuk kiri ku"
inshaaAllah.. ada JODOH..ada la tu.. tp tangguungjawab sekarang perlu dilaksanakan

iaitu.. jadi la INDIVIDU MUSLIM yang hebat.. baru la melanggkah ke arag seterusnya..

iaitu BAITUL MUSLIM..baru la dapat melahirkan pejuang2 Islam pada masa hadapan..


inshaaAllah..

sapa2 xsetuju dengan saya.. diam2 jak kamu sna ya. :)

oke.. tu jak la dulu untuk entri kali ni..


tidak pandai berkata2 jugak ni..


@selamat beramal.. :)

 

 

fatmadotmy.blogspot.com

Create your own banner at mybannermaker.com!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com