Ingat Pesan Abi ^_^
Pesanan Abi terhadap Anak2 nya,, :)
Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan
oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha
Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu
sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana
engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang
kemurkaan Allah.
Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak
oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan
fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan
akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan
tanganmu. Awasilah.
Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.
Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi
menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah,
sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan
terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.
Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan
buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira
apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala
pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan
lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang.
Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka
kepadamu.
Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu
membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau
melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan
Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa
kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih
tenang dalam pandangan penghormatan.
Senyum
c&p dari FB Abi...
:: xperlu kata apa2..
No comments:
Post a Comment