Monday 22 July 2013

Hanya ada di MESIR

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum w.b.t..
Salam Ramadhan dan salam 1 ummah. ^_^
Mungkin sekarang kita heboh dengan kisah di MESIR..
dimana ada pergolakan rakyat dengan pimpinan Mesir yg baru..
Namun, ingin aku ceritakan disini adalah..

*MEDAN RABIATUL ADAWIYAH..*

Apa itu ??? Apa kaitannya dengan MESIR ??
Meh sini saya cerita..
Masa pagi tadi buka fb, ada post baru dari sahabat..
Rasanya mau dikongsi dalam entri kali ni..
Di tulis dalam sebuah puisi haraki.. 
*Selamat Menghayati *


Rabiatul Adawiyah : Sebuah Puisi Haraki

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Penunjuk perasan berbahagi-bahagi juadah berbuka puasa sesama mereka dan menyuapkan suapan ke mulut orang lain bimbang andai ada di antara mereka yang masih belum berbuka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mebahagikan Medan kepada dua di tengah-tengah kepanasan, sebahagian melakukan demonstrasi di tengah panas, seba
hagian lagi berteduh di tempat teduh dan mereka bergilir-gilir tempat kemudiannya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Wanita melalui khemah orang lelaki yang tidur dan melaungkan,"Mengapa kamu semua tidur, adakah Mursi sudah dikembalikan?"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mebahagikan tandas-tandas masjid di sekitar kawasan kepada dua bahagian, tiga masjid untuK lelaki dan tiga masjid untuk wanita.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan menghidu bau wangi-wangian atar dan kasturi di setiap kawasan di Medan.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan menemukan seorang Ikhwan atau Salafi, kerana kami semua hanyalah Muslim.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Datang seorang kristian dan mengumumkan keIslamannya dari atas pentas dan melaungkan kepada semua orang syahadahnya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Seorang lelaki yang melintasi khemah para wanita dan terlihat akan lubang dari khemah itu lantas dia menanggalkan pakaiannya dan menutupi lubang tersebut lalu berjalan meninggalkan bajunya di situ.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur dI atas tanah yang bersih.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu akan sentiasa mendengar nada dering dari keratan ayat Al Quran seakan-akan kamu berada di tengah-tengah para malaikat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Para wanita dapat berjalan dan melintasi medan yang penuh sesak dengan kadar keamanan yang sangat tinggi, seakan-akan mereka berada di tengah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka, dan mereka sentiasa dibuka laluan sehingga mereka dapat melintasi dengan selamat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Kamu tidak akan mendengar suara jelek para penjual menjerit-jerit.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah, Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh dan kesejukan tetapi tetap teguh dan tidak lari dari bedilan senjata api.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah..


..........

*Puisi ini adalah nukilan salah seorang demonstran yang turut berhimpun di Medan Rabiatul Adawiyah.*


 dari fb Mohd Umar Bin Jiman.. [ http://www.facebook.com/irmohamad.jiman?fref=ts ]

Saturday 20 July 2013

Sweetnya Ramadhan ^_^

Assalamualaikum..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..
Ketika ini, dah 10 hari dah kita berpuasa.
Alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang kita untuk berpuasa..
Setahun hanya sekali tuan/puan2..

Semoga Ramdhan ini menjadikan kita org yang bertaqwa..
dan lebih baik ibadah kita dari sebelumnya..

Seterusnya aku xtau nak cakap apa..
Jadi, untuk entri ni aku mok kongsi dari page ILOVE ISLAM
Maaf andai masukkan dalam blog ni.
Hanya ingin berkongsi dengan sahabat2,...
Wallahu'alam
Selamat membaca dan berpuasa ^_^


Kalau ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat Terawih, indahnya taddarus al-Quran, indahnya bersedekah.
Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat Insya’ seterusnya solat sunat Terawih berjemaah. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata.
Solat sunat Terawih empat (4) rakaat diikuti tazkirah oleh ustaz jemputan kemudian empat (4) rakaat lagi diikuti dengan solat sunat Witir tiga (3) rakaat. Jumlah keseluruhan 11 rakaat, begitulah saban tahun aktiviti di surau berdekatan rumahku. Setiap hari ada ustaz jemputan yang akan menyampaikan tazkirah.
” Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. “
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)

Secara tidak langsung, amalan dipertingkatkan pahala digandakan, ilmu juga ku perolehi. Alhamdulillah, ALLAH masih memberiku kesempatan untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan pengisian amalan dan ilmu.
” Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman.”
(Surah Azzariyat: 57)
“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.”
(Surah al-Asr: 1-3)


Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
“Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran.”
-Artikel iluvislam.com

fatmadotmy.blogspot.com

Create your own banner at mybannermaker.com!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com