Saturday, 27 April 2013

Anda Bagaimana?? PRU13

PRU 13 Sarawak Akan Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat 

  
  Orang kuat Taib Mahmud baru sekejap tadi memberi tahu perkembangan politik di Sarawak cukup membimbangkan. Katanya harapan untuk Pakatan Rakyat meraih lapan hingga 10 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu bukan menjadi angan kosong lagi.
    Perubahan suasana politik di Sarawak menurutnya begitu ketara lagi. Taib Mahmud yang tidak berapa selesa dengan Najib Razak kerana Najib pernah meminta Ketua Menteri itu bersara selepas pilihan raya negeri lalu, ada tanda-tanda akan bertukar selera politik.

Menurutnya BN masih menguasai di Serawak tetapi tidak semestinya ia menyokong BN Kuala Lumpur. Kerja-kerja untuk menjalinkan persahabatan dengan PR sedang dilakukan oleh pihak tertentu sebagai mewakili Ketua Menteri.

Dalam pada itu satu persefahaman telah dibuat di antara Taib Mahmud dengan seorang tokoh Umno di Semenanjung menjelang pilihan raya akan datang. Persefahaman ini khabarnya sudah sampai ke peringkat konkrit.

Kata bekas orang bertanggungjawab membawa Taib pulang ke Sarawak tahun 1981, BN yang diungguli Parti Pesaka Bumiputera Sarawa (PBB) akan bersama Pakatan Rakyat. Selepas ini katanya PBB Sarawak khususnya akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

Menurut beliau yang juga bekas pegawai kepada timbalan menteri antara faktor atau tarikan besar PBB untuk bersama Pakatan Rakyat ialah janji yang termaktub dalam Buku Jingga untuk memberi 20 peratus royali minyak yang mana ia tidak akan terlaksanakan oleh BN.

Beberapa janji lain misalnya masalah tanah adat, pembangunan di Sarawak juga menjadi faktor.

Sehubungan itu katanya beliau sendiri akan bertukar parti meninggalkan PBB dan menyertai Pas. Beliau berhajat untuk berjumpa Tok Guru Nik Aziz dalam masa terdekat. "Kalau boleh enta tolong ana untuk berjumpa Tok Guru," mintanya sambil berkata apa yang perlu saya bawa untuk jumpa Tok Guru.

Jawab saya bawa iman dan keyakinan sahaja, lain-lain tidak ada apa-apa pekeras, balas saya bergurau. InysaAllah akan saya aturkan untuk memenuhi permintaannya itu. 


http://siasahkini.blogspot.com/2012/03/pru-13-sarawak-akan-jatuh-ke-tangan.html



Friday, 26 April 2013

Selamat Hari Jadi Najwa

sahabat selamanya
sanah helwah sahabatku, Najwa Ahmad Basir..
sahabat yang Allah temukan kat matrik dulu..
start situ la persahabatan kmi..
alhamdulillah..hingga kini kami bersama..
bahkan aku telah menjadi anak angkat dikeluarganya,
sepanjang aku menyambuang pelajaran di bumi semenanjung ini..
aku amat berharap, semoga persahabatan kita kekal hingga bila2..
kerana aku yakin pada janji Allah,..
barang siapa yang berukhwah kerana Allah.
nescaya itulah persahabatan yang akan kekal hingga syurga.

.
inshaa Allah..allahu'amin.,.

ibarat lagu ini sahabat.. :)
Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/sahabat-sejati-unic.html#ixzz2RguthvHD




Tuesday, 23 April 2013

Khat pertamaKU~~~


ILMU ALLAH ITU LUAS..!!!
bismillahirrahmanirrahim..
rasanya mcm lama dah tak update blog ni.
mungkin disebabkan kesidukan diri ini sebagai seorang mahasiswi di sebuah universit,
itu memang hakikat hidup seorang mahasiswa/i,
sekarang ni aku di tahun 1, sem kedua di USIM,
rasanya sikit lagi pengalaman yang aku gapai,
diri ni sangat lemah..!!
bila ada  program kmpus, aku asyik berdalih..
mungkin dalam hati ni.. ada perasaan Malas,
MALAS adalah stu sikap yang Allah xsuka.
tp aku!!! buat jugak walaupun tahu..
maafkan aku Ya Allah..aku sangat lemah. berikan la kekuatan kepadaku..
hanya padaMu aku memohon segala-galanya..
gambar kat atas ni sebenarnya mengisahkan..
pada suatu hari sabtu, bertempat di FEM,USIM,
aku mula mempelajari suatu ilmu yang selama ini aku ingin buat,'
akhernya aku mapu mambuatnya dan heppy.!!
yeyeye..dalam hati berkata.. akhirnya dapat jugak aku siapkan tulisan khat untuk namaku sendiri,
hihi..
tp malu jugak..hbis2 jak aku buat, terus dipost di FB..hehe
ramai la yg puji..tp bg ku biasa sahaja..namun rasa SYUKUR itu amat aku rasai.
walaupun aku tahu apa yang aku hasilkan tidak sehebat sahabat2 yg lain buat
apapun, FATMA..you can do it..
banyak  tempahan tp aku xda scanner la..
lau ada, boleh aku buatkan semua..
maaf ya semua..
@ dalam ke"tension" nan..hihi
TO BE CONTINUE.......
@beramalkeranaAllah..

Tuesday, 5 March 2013

20 tahun dah~!!!

ULANGTAHUN KE-19 DI LABUAN.


Assalamualaikum w.b.t...
6 MAC 1993
tarikh ana dilahirkan di Hospital Umum Miri..Sarwak..
hari ini 6 MAC 2013
20 tahun dah ?? itu adalah angka yang besar buat ana..
Allah masih memberi nyawa kepada diri ini untuk merasai semua yang diberi oleh Allah 
kepadaku di dunia yang fana ini..
Ana tahu.. ana tidak layak untuk duduk di Bumi Allah ini..
dosa pun ana buat.. apa lagi maksiat..
Hina nya diri ini...

ucapan dari sahabat2 dan family..
" SANAH HELWAH FATMA"
semoga Allah sentiasa meredhaimu..
Ya Allah.. sebak rasanya bila sahabat2 menyampaikan kata2 itu..
tp ana tidak layak pun..
ingat satu pesan sahabat dari Facebook..
" fatma, ingat Mati. awas kau kalau tak INGAT MATI"

pernah satu ketika ana belajar di matrikulasi, 
lecturer ana ckap la.. sepatutnya bukan kita yang dapat hadiah..
TAPI.. ibu kita yang layak menerima semuanya...

ada lagi kisah..:
awal2 pagi dapat SMS yang berbunyi begini ..:
" Selamat ulang tahun kelahiran kawanku,
semoga menjadi insan yang baik di dunia dan akhirat,
menjadi ISTERI solehah,
untuk bakal suami di dunia dan,
menjadi BIDADARInya di Syurga kelak "
 Ya Allah, jika ini yang Engkau perkenankan untuk ku, InshaAllah
PASti ana tidak persia2kan..
heeh ^-^"

tp orang cakap.." umur dah 20 tahun, tp tak matured2 lagi..ish2"
iya ka? 
ana kena Berubah dari sekarang..
HARUS !!!!!

Tata, Najwa, Irawan, Nashiha dan Balqis..
Rindu mok sambut befday dengan kmu smua mcm dulu2.. :)


Ya Allah..
semoga dengan pertambahan USIAKU,
seiring dengan pertambahan AMALKU,
seiring dengan peningkatan TAQWAKU,
seiring dengan peningkatan prestasi dan kualiti IBADAHKU,
semoga ada berkat dalam setiap PERBUATANKU..

aminn ya Rabbal alamin,.. :)

yang benar..
Insan Hina 
~Fatmawati sudin~
Hampir ke arah KEMATIAN

# Beramal Kerana Allah..

Monday, 4 March 2013

Sabah di Bawah Bayu ^-^


Pray for Sabah.. :(
Ya Allah, jika ini ketentuan-Mu, 
aku yakin ada hikmah disebalik semua yang berlaku...
sesungguhnya segala yang telah Engkau tetapkan..
terbaik buat kami..
Hamba2-Mu ini yang selalu lupa padaMu..
ampuni la dosa2 kami ya Allah..
Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang.. :)

Sabah..bumi di Bawah Bayu..walaupun ana ni bukan la org Sabah..
 tp Sabah itu sebahagian dari hidup ana..
sebab apa?? ayah ku asalnya Sabah..pasti ramai saudara mara ku disana..
terutamanya di Lahad Datu..

Sabah.. juga tempat kelahiran sahabat2 yang ana cintai kerana Allah..
sedih..bila dengar Sabah diceroboh sedemikian rupa..
Ana pasti Allah tahu yang terbaik buat antum..
Sabar ya..!!
memang semua orang xmau benda ni berlaku...
tp Qada' dan Qadar Allah itu PASti.. 

Buat pengetahuan sahabat2 pembaca sekalian..
sekarang ni waktu kemuncak yanng berlaku diSbah..
para pejuang turun padang untuk menjaga keselamatan Sabah..
ana Yakin.. inshaAllah..tetap kan Allah di Hati Kita..
kalian pasti berjaya..
Aminn ya Rabbal Alamin..
 Sabah Tanah AirKU.. :)

Monday, 25 February 2013

Tabir Allah Atas Kaum Mukmin


Bismillahirrahmanirahim...

HADIS QUDSI

Daripada Shafwan bin Muhriz al-Mazini berkata 
" Ketika aku berjalan bersama Ibn Umar r.a bergandingan tangan, tiba-tiba seseorang menghalang seraya bertanya :
' Bagaimana anda mendengar Rasulullah s.a.w berkata tentang al-najwa ( bisikan).' 
Dia menjawab:
 ' Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Allah mendekati hamba-Nya lalu meletakkan tabir-Nya atasnya dan menutupinya lalu berfirman,
'Apakah kamu mengetahui doasa yang demikian,apakah kamu mengetahui dosa demikian? "

"Dia menjawab :
' Ya, wahai Tuhanku. ' Hingga ketika dia mengakui dosa-dosanya dan menyangka bahawa dirinya binasa, Allah berfirman,
 ' Aku menutupi kesalahan -kesalahanmu di dunia dan mengampuninya untukmu pada hari ini.
 ' Lalu diberikan buku kebajikannya. "

" Adapun terhadap kaum kafir dan munafik, para saksi berkata ,
 ' Merekalah orang yang mendustakan Tuhan mereka.' Ketahuilah bahwa laknat Allah tertimpa atas kaum yang zalim ."

by : Majalah Solusi Isu No.28 m/s 1

# beramal kerana Allah

Sunday, 24 February 2013

Coming soon.. !!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Circle of My Heart...
Jangan silap fikir ya.. usrah yang dinanti2kan..
bakal menjelang..tidak sabar rasanya nak bertemu/ bersua dengan sahabat2 seperjuangan semasa di Kolej Matrikulasi Labuan dulu..
ketika ana baru menjejakkan kaki ke sana, Usrah itu suatu benda yang pelik yang ana hadapi...
tp bila ana meninggalkan kolej setelah menamatkan pengajian selama setahun..
baru ana SEDAR.. usrah yang Pelik tu adalah yang sentiasa mengisi hati ana..
dalam Usrah pasti ada suka dan duka..tp semuanya menjadi MANIS2 belaka..
sedih.. bila berpisah dengan sahabat2 yang sentiasa bersama ketika suka dan duka...
inilah cabaran kehidupan..
kerana itu lah kita diWajib kan untuk masuk ke dalam jemaah...
hehe.. :) PEACE NO WAR..!!!

Sahabat Al-Irfaan.. :)
always di Hati ana..
banyak mengajar erti kehidupan walaupun hanya setahun..bnyak yang kami lalui bersama2..,menangis bersama, ketawa bersama..
dan ana amat merindui waktu itu seikhlas2 nya dari Hati.. :)
miss u all..
tapi ana yakin.. suatu hari nanti kita pasti akan bersua kembali.. 
walaupun kita dah rancang untuk berjumpa..namun, semuanya ditetapkan oleh Allah..
ana BERDOA, agar hari itu akan tiba tidak lama lagi..

 jika tidak diDunia.. jumpa la di AKHIRAT..!!
Inshaa Allah..Allahuma'amin..

# sedih bila sahabat2 di BORNEO xpat turun sama
 hanya dapat berjumpa sahabat2 disemenanjung sahaja..
tp itu pun sudah Ana mensyukuri nikmat Allah ini.. :)
terima kasih Allah..

nantikah Usrah yang ditunggu sekian lamanya.. hehe

# beramal kerana Allah..

Cinta Oh Cinta

Assalamualaikum w.b.t..

Cinta Limited Edition..!!!
Cinta..Cinta..Cinta..
memang fitrah seseorang insan terutamanya Remaja zaman sekarang..
Cinta itu memang menjadi kegilaan..:)
Apa kata, kita tanamkan dalam hati kita.. Cinta itu Pasti akan tiba dengan sendirinya..
iaitu dalam masa yang sama.. kita berusaha untuk memperbaiki diri kita seadanya..
Insan yang baik. untuk orang yanng baik..
InshaAllah.. jangan sibuk mencari Cinta sekiranya Cinta kita Kepada Pencipta kita sendiri tidak HEBAT..!!!
cinta yang pertma adalah untuk Allah..
cinta kedua adalah untuk Rasulullah s.a.w
cinta ketiga adalah untuk IbuBapa kita..
dan terakhir adalah untuk Insan yang Halal untuk kita...

memang Ana sendiri akui.. cinta manusia itu boleh buat kita buta..melainkan itu adalah Halal bagi kita.. 
iaitu Suami/ Isteri kita.. :)

" fatma, kau ni xda rasa ka nak bercouple?.."
tp ana cakap.. " bercouple?? xnak la.. apa yang kita boleh dapat? belajar pun belum habis lagi.. exam pun pointer tunggang terbalik.. baik xyah fikir tentang ni la sahabat..belum masanya lagi"
Baitul Muslim???
jangan Risau.. dah isi Borang.. :) hehe.. jadi jangan RISAU..
kejar Cinta Allah dulu ya..

Ingat!!! banyak lagi tanggungjawab kita sekarang..
Masyarakat luar sana perlukan kita..
bukan masa untuk suka2 sekarang..
Orang yang tak bercouple ni buakan tak laku..
TAPI ingat Janji Allah..InshaAllah.. ada Jodoh yang terbaik buat kita yang tercatat di LUH MAHFUZ..
Cinta Allah itu yang KEKAL ABADI.
InshaAllah.. :)

# beramal kerana Allah..:)
cREDIT by Insan yang Lemah..

Bingkisan Nota untuk Bidadari

muslimat POWER..!!!

Siapa cakap muslimat xboleh buat roti canai?? 
Yang tertutup itu indah... Buat para mujahidah... Aurat yang di jaga sama sekali tidak membataskan pergerakkan kita.... Ingat!!! Hanya senipis kain yang digunakan untuk menjaga aurat..Bukannya papan Playwood.. ^_^

Jom tutup aurat wahai kakak2,adik2, makcik2.. dan puan2...
Allah tidak menilai kita dengan PANGKAT.. tp ingat.. Allah menilai Hati kita.. :)

Adakah hati kita ini seperti Emas? ataupun Gelap..!!!
banyak kan berzikir dan bertaubat..
[ buat peringatan untuk diri ini yang LEMAH dan Hina..]
  wanita yang dihormati..adalah yang MENUTUP AURATNYA..

"orang yang baik itu tidak semestinya bertudung..
tapi orang yang baik pasti bertudung "
credit by UAI...

@ BERAMAL KERANA Allah... :)

Sahabat Seperjuangan

Family Sarawak..
Assalamualaikum w.b.t..
 Coretan kisah ana berada di bumi semenanjung..

Alhamdullillah..Ana bersyukur dapat berjumpa sahabat2 handai Sarawak yang berada di tanah semenanjung.. 
Inilah family besar ana disini.. yang menggantikan family yang jauh di sana..
" fatma, lama dah sik temu kitak.. cney kitak belajar?"
kata2 sahabat2 yang baru ditemui.. ana bersyukur..
walaupun ana sering ke sana ke mari tanpa memikirkan duit habis untuk datang program anak2 islam sarawak..
tp ana dont care about that..
sebab apa???
ukhwah yang terjalin kerana Allah.. lebih mahal berbanding duit.. :)
sesetengah org lain cara pemikirannya.. 

ini la kisah serba sedikit apa yg ana lalui.. hehe
jodoh dan pertemuan ketentuan Allah s.w.t..
bersama murobbi kmi.. :)

tok lah masanya.. !!!!
bak kata org sabah.. " ini kali lah !! "
 # beramal kerana Allah..

Inilah Fikrah Ana...


Assalamualaikum...


wahai abnaul haraki penegak islam !!!

Rasul bermadah lagi, 1 janji 1 aspirasi..

"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.."

cuma yang belum pasti adakah kita tinggi peribadi?

untuk memikul amanah suci..!!! 

kita asyik berjaga malam untuk liqa', kerja2jemaah..tpi kita xbertahajjud..

kita kuat berjuang tp kita kurang mtadabur Al-Quran..

kita bnyak berceramah..bercakap tp kita kurang berzikir..

kita kuat berjihad menegakkan Islam tp kita sendiri kering kontanng dengan ilmu..

kita hanya pandai bercakaptetapi xbuat..

kita banyak melakukan maksiat..tetapi kita xbertaubat..

kita hanya pandai amar makruf tapi subuh pun bnyak lewat..

kita bercakap tentang ikhlas tp riya' menguasai diri..

aduh!!!! hinanya diri ini..

adakah aku akan digelar jundi Allah..dihadapan Allah diakhirat kelak..

takutnya diri ini jika segala pengorbanan yang ku lakukan akan menjadu dedebu beterbangan??...

muhasabah diri kita..

sama2 kita menegur salah silapyang dilakukan..

jadilah seorang pemimpin yang sufi lagi haraki..

TAKBIR!!!!


Saturday, 23 February 2013

Sabah bah nie..

Assalamualaikum.. :)


Serba sedikit coretan cuti ana di Sabah" negeri di bawah bayu".. tanah kelahiran kedua ibu bapa ana.. tetapi kesemua anak-anaknya lahir di negeri jiran iaitu Sarawak bumi Kenyalang..

Kami bercuti disabah dalam tempoh seminggu sahaja sebelum pulang ke negeri 9 bagi meneruskan sem 2 pada tahun pengajian ana..:)

Antara temmpat menarik yang ana pergi..Pulau Manukan.. sangat cantik.. subhanaAllah..

pemandangan di Pulau Manukan
Happy dapat pergi ketempat sedemikian..Allah itu mAHA Besar.. !!!
selain itu.. One Borneo. :)
one borneo..take a picture

bersama saudara ana yang comel :)
      itu sahaja sedikit coretan.. hehe
wassalam w.b.t.. :)


@beramal kerana Allah...                                    

Dakwah melalui Blog..

Assalamualaikum wbt..


Blog..blog..blog..!!!!


First tyme ana buat akaun blog ni bila lecturer tugaskan..

" laa.. kenapalah mesti buat blog..takde benda len ka? "..itulah keluhan ana bila diberi tugasan..

Tp..ana muhasabah balik diri.. kenapa buat blog?? sekarang kita boleh lihat.. ramai orang berdakwah melalui banyak laman2 sosial..contohnya.. Blog, Facebook. Twitter..dan ect..


ya la.. awal2 buat blog ni mesti la payah kan? xda yang mudah.. sebab tu la kena belajar jugak.. inshaAllah..ada baiknya ana buka akaun blog ni..sebenarnya, ana tak la pandai sangat menulis blog ni.. tp try.. sapa kata ana xboleh..


boleh bah kalau ana.. :).. inshaAllah.. boleh..


Apapun, doakan yang terbaik buat ana, xlupa juga kepada sahabat2 agar jadikan medium IT ini untuk dakwah kita di dunia.. dan semoga segala2 nya dibalas oleh Allah dengan RedhaNYA..

siapa la kita Tanpa Allah..

Islam itu tidak memerlukan kita. tAPI.. kita yang memerlukan Islam di dunia ini untuk kecapi kemanisan hidup di Akhirat sana kelak..

 dengan Ini.. ana [ Fatmawati Binti Sudin] asal Miri Sarawak.. Masih ada Ibu.. Allah lebih menyayangi Ayah ana.. kita harus Redha dengan ketentuan Allah.. Apa yang berlaku pasti ada Hikmahnya kan..

sekarang belajar di Universiti Sains Islam Malaysia..di tahun yang Pertama..dalam Bachelor of Quran Studies with Multimedia with Honours.. 

nah!!! jarang kan dengar course tu.. tp itulah hakikatnya.. inshaaAllah..

ana boleh buat.. orang lain boleh buat.. kenapa kita TIDAK??

muhasabah diri balik [ peringatan buat diri sendiri]


sabda Rasulullah saw..

" Sampaikanla dakwah dariku walaupun satu ayat "


@ beramal kerana Allah..!!!



Hari Cinta Untuk Siapa? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Hari Cinta Untuk Siapa? | iluvislam.com discover the beauty of islam

fatmadotmy.blogspot.com

Create your own banner at mybannermaker.com!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com